Nomination speech (2005)
June 2005
Yang dihormati Puan penyelia petang, Puan Norhaliza, guru-guru yang saya kasihi dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada anda semua. Sebelum saya memulakan ucapan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli jawatankuasa lembaga pengawas kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap pada hari yang mulia ini.
Para hadirin sekalian,
Nama saya ialah Matthew daripada kelas 1 Gamma. Baru-baru ini saya telah dicalonkan sebagai seorang ahli jawatankuasa lembaga pengawas bagi tahun 2005 dan 2006. Saya berasa sungguh bersyukur dan berterima kasih kepada Puan Noria dan juga ahli-ahli jawatankuasa lembaga pengawas kerana telah memilih saya.
Jika saya diberi peluang untuk memilih jawatan saya sendiri, saya akan memilih menjadi seorang ketua pengawas. Saya memilih menjadi ketua pengawas kerana saya mempunyai sifat kepimpinan yang lebih baik daripada calon-calon yang lain. Selain itu, saya lebih berpengalaman kerana saya pernah menjadi bendahari dan setiausaha dalam badan perpustakawan semasa saya di sekolah rendah dahulu.
Selain itu, menjadi seorang ketua pengawas adalah impian saya sejak kecil lagi. Jadi, inilah peluang terbaik saya untuk merealisasikan impian saya itu. Di samping itu, saya ingin memimpin rakan-rakan setugas saya untuk menjadikan sekolahku Subang Utama lebih berdisiplin. Dengan itu, pelajar-pelajar akan menjadi insan yang lebih seimbang, cemerlang dan gemilang. Secara tidak langsung, ini akan mengharumkan nama baik sekolah kita.
Para hadirin sekalian,
Berdasarkan kebolehan saya itu, saya merayu kepada semua pihak untuk memberi peluang kepada saya untuk menjadi ketua pengawas pada masa yang akan datang. Saya berjanji akan menjalankan tugas dengan cekap, amanah dan berdedikasi. Saya akan membuktikan kepada anda semua bahawa saya akan menjadi seorang ketua pengawas yang baik dan berwibawa. Saya telahpun bersedia untuk menghadapi sebarang rintangan dan cabaran yang saya akan tempuhi pada masa depan.
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana sudi mendengar ucapan saya pada hari ini.